Tanpa aku sedari begitu lama sudah tidak ku coretkan kata-kata diruangan ini.rupanya inilah coretan kedua ku untuk tahun ini...begitu banyak perkara yang telah kulalui sepanjang tahun ini...
Perkara pertama yang telah berubah dalam hidup ku adalah aku tidak lagi berada di negeri kelahiran ku (JOHOR).aku telah berhijrah ke Sarawak Bumi Kenyalang pada 21 Disember 2008.walaupun berat hati ku untuk meninggalkan keluarga tetapi demi tugas & pejalanan karier ku ku tabahkan hati jua meninggalkan mereka.namun kesedihan & kerinduan ku terhadap keluarga ku tidak pernah lekang di lubuk hatiku.
Sebenarnya hatiku telah terpaut kepada Sabah Di Bawah Bayu...justeru itu aku telah memohon berhijrah kesana tapi apakan daya permohonan ku tidak diterima lalu aku dihantar ke Sarawak Bumi Kenyalang.Tapi aku bersyukur jua kerana diberi peluang berhijrah..mungkin ada hikmah disebaliknya...
Berbalik kepada kenyataan ku terhadap sabah, sebenarnya aku begitu gembira tiap kali aku pergi kesana.bukan sahaja keindahan negeri nya tetapi juga kemesraan penduduknya.mereka juga lebih terbuka berbanding sarawak dan jauh sekalilah kalau nak dibandingkan negeri-negeri di semenanjung malaysia.layanan yang diberikan begitu baik & mesra walaupun mereka mengetahui aku dari semenanjung.aku cukup gembira...sehinggakan walaupun baru masuk bulan ketujuh dalam tahun 2009....aku telah menjejakkan kakiku sebanyak 3 kali & aku terus bertambah dan bertambah.walaupun jasadku di sarawak namun hatiku tetap di Sabah Di Bawah Bayu........mungkin belum masanya untuk aku berhijrah kesana tetapi janganlah risau, aku tetah bertekad untuk berhijrah juga kesana suatu masa nanti & mungkin juga tidak lama lagi...Sabah....nantikan kehadiranku..
Wednesday, July 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment