Wednesday, June 18, 2008

Hobi Baru Ku...

Baru-baru nie aku mula ceburi hobi yang baru...jadi jurufoto.sebenarnya ianya bukanlah sesuatu yang baru bagi ku cuma selama ni x duit utk berkecimpung dalam bidang nie so bila ada rezeki lebih cikit barulah aku cuba realisasikan hobi aku itu.so, berbekalkan dengan duit simpanan yg ada, aku belilah kamera yang canggih sikit.tapi x lah mahal mana pun.aku beli kamera Olympus SP-560UZ.kebetulan tgh ada offer..hehehe..

Alhamdulillah, dgn berkat beli kamera tu dapatlah aku tunjukkan bakat ada dalam bidang fotografi ni.tapi x bolehlah nak lawan member2 aku yang dah jauh dalam bidang nie.tapi aku bersyukur coz mereka banyak membantu terutamanya sahabatku PIRUT....

So, skrg ni kemana saje aku pergi, kamera akan ada disamping aku.ada aje gambar yang nak diambil.aku aku paling suka ambil gambar flora & fauna serta pemandangan.tapi aku juga bersyukur coz diberi kepercayaan oleh 2 org rakan sekerja aku (nikman & nasir) untuk mengambil gambar di hari perkahwinan mereka walaupun jadi "jurufoto bidang terjun" time tu.

Kat bawah nie aku tunjuklah cikit hasil kerja tu.maybe banyak lagi yang aku perlu belajar tapi rasanya apa yang ada wat masa ni bolehlah dikongsikan dahulu....


Daun hijau dibasahi embun pagi

Di suatu senja...

Burung kakaktua...hinggap di atas kayu...

Nie gambar kenduri kawin Nikman.nie lah first tugasan aku dalam ambil gambar orang kawin.tapi gambar ni yg original aku ambik.x edit apa2 pun..

Ha...nie lah hasil kerja aku yang terkini dalam mengambil gambar orang kawin.nie gambar yang aku ambil masa majlis perkahwinan Nasir.tapi aku dah edit cikitlah gambar ni bagi cantik lagi.

Cukuplah kot wat masa nie aku citer pasal hobi baru aku nie.kalo nak tgk byk lagi gambar yang dah aku ambik bolehlah tgk dlm Flickr aku...hehehe.aku bersyukur sgt coz lepas ambil gambar kawin 2 org kawan aku nie,ada lagi orang yang minta tlg kat aku ambik gambar orang kawin lepas nie.dapatlah aku tingkatkan pengalaman aku dalam bidang fotografi nie....amin........

Tuesday, June 17, 2008

Zaman dulu-dulu....

28 Oktober 2008 nie genaplah umur aku 27 tahun.dah tua rupanya dan agak jauh perjalanan hidup aku nie.tapi semuanya belum berakhir.jauh lagi perjalanan hidup ini yang perlu ditempuhi. namun bila teringatkan zaman dulu-dulu adakalanya aku tersenyum sendirian.terutamanya zaman persekolahan....benarlah kata orang "zaman persekolahan adalah zaman yang menyeronokkan".tapi apakan daya.itu semua hanya tinggal kenangan.hanya gambar-gambar lama jadi tatapan.nak ketawa pun ada bila tgk gambar-gambar lama.maklumlah zaman muda-muda lah katakan.hehehe...so di kesempatan ni naklah aku kongsikan beberapa gambar lama yang ada.gambar sebelum memasuki alam persekolahan, semasa alam persekolahan dan sebelum menamatkan alam persekolahan.....




nie gambar aku sebelum memasuki alam persekolahan.saje jer bergambar pakai baju sekolah abg aku.sihatkan aku time ni.bayangkanlah baju abg aku pun aku boleh pakai.hehehe...




ha...nie plak gambar aku masa konvo sekolah tadika.kasut & seluar pun pinjam orang time tu coz aku time tadika jenis slumber jer.pi sekolah pakai seluar pendek & sandal jer.dah lah montel.hahaha..mcm anak apek pun ada time tu.


dan nie plak gambar aku sebelum abis politeknik.time ni aku pi wat tugasan kumpulan utk final exam.dah dpt kumpul maklumat kami pi lah berfoya2 kat taman bunga jap.kuruskan aku time nie.kalo sekarang ni......hahaha

Oklah...setakat nie dulu citer aku kali ni.nanti bila dah dapat kumpul bahan lain aku akan sambung cerita kisah hidupku....adios.