Berbalik kepada tajuk karang terbaik sia kali ni, sia mo bercerita pengalaman sia bercuti baru2 ni di sabah.sia mula kesana 27/08/2008 sampai 31/08/2008 (MERDEKA)..lebih kurang 5 hari jugaklah sia disana.banyak pengalaman baru & indah sepanjang sia bercuti kali ni.lai pun sia bercuti sorang2 jak kali ni.member baik sia si pirutlah yg dok meluangkan masa melayan sia sepanjang sia bercuti disana.baik betul dia..
Dalam 5 hari bercuti disana sia sampat jugak mengikut si pirut balik ke kampungnya di Keningau (Kampung Bunga Raya).buleh tahan jauh jugak kampungnya dari KK.tapi ni lah peluang sia mo berkenalan sama family si pirut disamping merasa kehidupan kaum dusun disana.begitu baik layanan yang diberikan kepada sia sepanjang disana.antara pangalaman yg bukan senang sia dapat ialah sia berpeluang join family si pirut pi menanam padi.guna cara tradisional lai tu.best tu...tapi lepaklah jugak lepas balik tu.so adalah sikit gambar masa sia pi menanam ari tu
Disinilah kami menanam padi.luas jugak kawasanya...
Cuci tangan sikit sebelum berhenti minum...haus betul sia time tu.maklumlah cuaca panas terik ari tu.bagus jugak camtu coz memudahkan kami menanam padi
Sempat lai berposing sebelum pi minum.sia yang minum awal, urang lai ok jak lai.maklumlah ndak biasa wat kija begini

Dalam panas pun mo bergambar.ni kija si pirutlah...dia suruh sia diri situ utk ambil gambar tapi oklah jugak.buleh jadikan kanangan...

Sambil berehat & sigup, sempat lai si pirut dok membelek kameranya.best tu sia test kameranya.kalo ada duit lebih mo jugak sia beli satu..hehehe..


Sia bergambar sama cousin si pirut.

Ni lah family si pirut yang sama2 pi menanam padi aritu.masing2 kepanatan...
Setelah 2 hari sia abiskan masa bercuti di rumah si pirut di Keningau, sia balik KK pada ari minggu tu (pagi hari MERDEKA).tapi semasa pulang dari Keningau telah berlaku plak satu kejadian yg ndak diingini.tapi biarlah ia jadi kanangan jak buat sia.setibanya sia di KK, sia diturunkan oleh si pirut di Karamunsing coz dia mo balik ke Kota Belud.memandangkan sia keluar awal pagi dari Keningau dan ndak mandi,so sia pi lah mandi di Shell tepi Kompleks Karamunsing.kelakar pun ada jugak...hehehe..bila udah siap tu sia pi lah mengeteh kat food court Kompleks Karamunsing sementara mo tunggu ia dibuka.
Sambil dok mengeteh sorang2 tu teringat plak sama member friendster sia yang teringin sia jumpa coz selama ni kami dok ym jak.so pa lai...wat pertama kalinya sia call lah dia (rino) bgtau sia ada di situ sorang2 terus dia bilang tunggu jak disitu nanti dia datang.pa lai...sia tunggu jak lah.ndak lama pastu dia dtg.kami pusing sekijap di situ & terus ronda2 di KK.
Seronok dapat jumpa sa si rino.walaupun kami first time jumpa tapi rasa macam udah lama kanal.kami jalan kaki jak ronda2 KK.byk benda yg diceritakan pada sia pasal KK sepanjang kami berjalan.sia dibawa ke Gaya Street.dapat jugak sia pi situ coz masa sia bercuti thn lepas di KK sia ndak berkesempatan kesitu.seronok sia berjaln disana.byk jugak sia shopping disitu.adalah sikit gambar yg sia ambil masa disana....
Ni lah dia si rino.sia ambil gambar ni masa kami dok pusing2 di Gaya Street ai tu...

Sabut semulajadi yg buleh digunakan utk gosok daki dibadan time mandi...terlupa plak sia mo beli ari tu...

Kreatif sungguh urang sabah ni.akar kayu pun buleh dijadikan barang perhiasan.cantikkan...

Sempat lai bergambar kat depan pintu gerbang Gaya Street lepas puas shopping.dah berandah barang diborongnya tapi rasa ndak cukup jak lai...
Oklah...sampai dulu coretan sia kali ni.ada plak kija yang mo dibuat.ada2 jak bos sia ni.nanti ada masa, sia sambung lai cerita ni ya.byk lai cerita yang mo sia coretkan.lai pun lama sudah sia ndak mengarang....adios.

No comments:
Post a Comment