Monday, July 20, 2009

Karnival Anti Rasuah Sarawak 2009






Gambar-gambar ni diambil semasa Karnival Anti Rasuah Sarawak 2009 di Padang Merdeka, Kuching, Sarawak baru-baru ini.So semua jabatan kerajaan baik kerajaan negeri @ persekutuan diminta menghantar wakil bagi memeriahkan karnival tersebut.so, bagi jabatan sa beberapa urang telah dipilih dan salah surangnya adalah sa.hehehehe...memandangkan time tu kesihatan tia mengizinkan (demam), malas plak mo pergi tapi bila kawan2 ajak sa pi jugaklah.buleh jugak keluarkan peluh.makali buleh cepat sembuh.sa pi jugak pagi tu untuk senamrobik & poco-poco sebagai wakil jabatan.best jugaklah bila ramai-ramai disana.tambah plak ada jugak artis yang turut serta iaitu Salima AF4, Datuk Salwa Abd Rahman, Datuk Azizul Kamis, Rem & Adila AF7.Pas senamrobik & poco-poco tu sempatlah beramah mesra & bergambar sama durang.memang best...

Dingin....

Ku perhatikan sejak apa yang terjadi tempoh hari dikau semakin dingin dengan ku..adakah masih terdapat lagi luka dihatimu lantaran apa yang terjadi.daku amat menyesalinya..ku harap ko sudi memaafkan daku sepenuh hatimu & ku berharap kemesraan yang terjalin antara kita sebelum ini akan kembali seperti sediakala..daku tak sanggup kehilangan mu..

Tuesday, July 14, 2009

Maafkan Aku

Hari ini aku rasa amat bersalah kepada seseorang yang selama ini amat mengambil berat & menyayangi diriku..Aku amat menyesali akan tindakan yang telah dilakukan terhadapmu.Maafkan daku atas apa yang terjadi.Aku ndak sanggup kehilanganmu...Aku amat menyayangi mu.....

Wednesday, July 8, 2009

Shopping Di Serikin (Sempadan Kalimatan-Sarawak)

Nie kisah sa pi shopping kat Serikin (Sempadan Kalimatan-Sarawak) pada 19 April 2009 sama Wadi & Aza (Nash, jangan marah tau..hehehehe).kamiurang saja jak mengisi masa lapang hujung minggu sambil mo habiskan duit yang x habis2 time tu.hehehehe..kebetulan time tu sa mo balik kampung (sabah) manakala Wadi & Aza plak udah mo pi kursus 3 bln.so masing2 mo beli ole-ole mo bawak balik kg.Serikin ni kurang lebih macam Padang Besarlah kalo di Semenanjung tu.tempat ni pun baru lai.dulu durang buat di Tebedu tapi bila banyak timbul masalah so durang tutup yang disana & wujudlah Serikin.tempat ni wajib dilawati kalo urang datang ke Sarawak.ndak lengkap perjalanan kalo ndak kesini.dulu time sa bawak family sa datang bercuti di sini pun sa bawak durang...shopping sakan durang.mula2 tu macam ndak mo pergi tapi bila udah sampai shopping sampai ndak ingat dunia..hehehehe..tapi janji durang enjoy ok bah tu....tapi tempat ni cuma dibuka pada hari sabtu & ahad jak.so kalo ada kawan2 datang sini bulehlah sa bawakkan kesana....tapi ingat, ari sabtu & ahad jak.....oklah, sa mo berkongsi sikit gambar kamiurang masa bershopping disana tempoh hari....



Masing-masing dok sibuk memilih...belinya ndak tau lai.Si Aza tu beria-ia mo memborong manakala si Wadi plak dok ushar jak.serius lai muka Wadi tu.hehehehe....


Ha....ni plak time Wadi mo borong TIKAR SARAWAK plak.pilih jangan ndak pilih...harga buleh runding bah tu...hehehehe


Sambil menunggu durang memilih tikar mana yang mo diborong, ndaklah sa mo buang masa begitu jak.so, mulalah mencari sesuatu yang buleh diambil gambarnya..contohnya gambar ni lah...cantikkan hasil seni urang tempatan...

Aza & Wadi meneruskan operasi mereka untuk mencari pa lai yang mo diborong.hahahaha..


Terasa macam di Indonesia plak bila tingu urang jual makanan guna kereta sorong begini..

Sang penjual menyiapkan hidangan yang ditempah...nampak jak begini tapi ramai tau pelanggannya


Ni jak yang sa borong....hehehe..padahal disebalik kamera ni berlambak barang yang diborong...hehehehe

Oklah...takat ni jak lah citer sa buat kali ni ya..sa mo sambung buat kerja dulu.nanti ada masa sa citer pasal lain plak...

Wednesday, July 1, 2009

Hari Yang Sibuk.....

Huuuuuuu....sibuk betul hari ni.pagi2 hari sudah ada kerja yang mo dibuat.mo ditolak kerja tu ndak buleh jugak.kerjalah katakan..udahlah urgent lai.meja sa pun udah macam tapak pelupusan sampah dibuatnya.ni mo siapkan laporan mesyuarat lai..mo kemaskini data..dan macam2 lai kerja yang mo dibuat.ni pun curi2 masa meluahkan perasaan kat ruangan ni.ngan sapa lai lah sa mo mengadu nasib......kerja2..selagi belum tutup mata, kerja..kerja..kerja...hahahahaha..

~ 2009 ~

Tanpa aku sedari begitu lama sudah tidak ku coretkan kata-kata diruangan ini.rupanya inilah coretan kedua ku untuk tahun ini...begitu banyak perkara yang telah kulalui sepanjang tahun ini...

Perkara pertama yang telah berubah dalam hidup ku adalah aku tidak lagi berada di negeri kelahiran ku (JOHOR).aku telah berhijrah ke Sarawak Bumi Kenyalang pada 21 Disember 2008.walaupun berat hati ku untuk meninggalkan keluarga tetapi demi tugas & pejalanan karier ku ku tabahkan hati jua meninggalkan mereka.namun kesedihan & kerinduan ku terhadap keluarga ku tidak pernah lekang di lubuk hatiku.

Sebenarnya hatiku telah terpaut kepada Sabah Di Bawah Bayu...justeru itu aku telah memohon berhijrah kesana tapi apakan daya permohonan ku tidak diterima lalu aku dihantar ke Sarawak Bumi Kenyalang.Tapi aku bersyukur jua kerana diberi peluang berhijrah..mungkin ada hikmah disebaliknya...

Berbalik kepada kenyataan ku terhadap sabah, sebenarnya aku begitu gembira tiap kali aku pergi kesana.bukan sahaja keindahan negeri nya tetapi juga kemesraan penduduknya.mereka juga lebih terbuka berbanding sarawak dan jauh sekalilah kalau nak dibandingkan negeri-negeri di semenanjung malaysia.layanan yang diberikan begitu baik & mesra walaupun mereka mengetahui aku dari semenanjung.aku cukup gembira...sehinggakan walaupun baru masuk bulan ketujuh dalam tahun 2009....aku telah menjejakkan kakiku sebanyak 3 kali & aku terus bertambah dan bertambah.walaupun jasadku di sarawak namun hatiku tetap di Sabah Di Bawah Bayu........mungkin belum masanya untuk aku berhijrah kesana tetapi janganlah risau, aku tetah bertekad untuk berhijrah juga kesana suatu masa nanti & mungkin juga tidak lama lagi...Sabah....nantikan kehadiranku..

Kembali Lagi.....

Huuuuuu..begitu lama kutinggalkan kisah hidupku ini...sebenarnya bukanlah telah ku lupakan ruang coretanku ini tetapi kerana masa yang begitu mencemburui aku & tidak lupa juga angkara ketandusan idea untuk ku coretkan diruangan ini..Namun hakikatnya begitu banyak perkara & kenangan yang ingin hamparkan diruangan ini..ku harap dapatlah kuteruskan hasratku ini....amin.